SUTRA AROMATHERAPY SINUS AWAY PILLOW SPRAY
Bila selsema melanda, inilah dia si pengubat 'rindu'...☺Kenapalah dipanggil macam tu kan? Kalau dah mula ada tanda-tanda selsema ini, memang kena cepat-cepat ambil tindakan agar tak melarat. Jika dibiarkan memang makan masa berbulan nak sembuh. Alhamdulillah....#sutra Sinus Away ni banyak membantu sebenarnya. Saya dah jarang ambil ubat selsema yang akan membuatkan diri rasa diawangan dan badan pun rasa lemau sepanjang hari.
Sebelum ni, memang sebulan sekali pergi berjumpa doktor dengan sebab yang sama, selsema, pipi sakit, kahak banyak, pening kepala (rasa berat bila tunduk macam kena hempap batu). Memang sakit dan tak tertahan sakitnya. 2 tahun lepas semasa bulan Ramadhan, pipi sebelah kiri sakit bagai ditumbuk-ditumbuk. Hanya ALLAH S.W.T sahaja tahu. Masa tu sedang berterawih. Masuk hari ketiga, memang dah tak tahan sampai menangis saya. Sakit yang amat malam tu, apalagi terus suami bawa ke Kedah Medical Centre. Sebelum tu dah ambil ubat di Putra Medical Centre lebih kurang seminggu. Tapi masih tak lega, sakit semakin menjadi-jadi. Malam tu, doktor beri ubat cairkan hingus dan ubat tahan sakit. Balik makan baru boleh lena dengan nyaman. Saluran pernafasan pun rasa lebih selesa.
Esok malam, saya sambung berterawih di surau dekat rumah. Dalam samar-samar lampu semasa saya rukuk, saya rasa macam ada cecair keluar menitik-nitik dari hidung. Tapi masih tak perasan sebab agak gelap tempat yang saya duduk tu. Tapi lama-lama macam berbau yang kurang enak. YA ALLAH....apa dah jadi ni, setiap kali rukuk dan sujud, menitik-nitik air dari hidung. Lepas habis solat terawih, masa nak masuk kereta, suami tegur ada bau. Dah sampai rumah, saya tengok telekung saya habis kena air yang menitik tadi (tak perasan sebab telekung berwarna gelap), baunya....YA ALLAH busuknya...hanyir. Sampai diri sendiri yang bau pun rasa busuk sampai tak lalu makan. Telekung saya dibasuh pun masih berbau juga.Akhirnya mak saya suruh bakar sebab dah tak boleh guna.
Sedihnya masa tu, risau jadi perkara yang lebih teruk. Tapi saluran pernafasan dan hidung tak lagi tersumbat dan sakit ketika tunduk. Sejak kejadian tulah, saya selalu kena makan ubat, spray ubat dalam hidung dan diberi juga ubat untuk wapkan muka. Memang mengganggu aktiviti harian saya. Rupanya mukus dan lendir dari hingus dah naik ke rongga dahi dan tulang pipi serta ada jangkitan. Memang mengambil masa untuk sembuh. Hanya dengan makan antibiotik boleh dikawal.
Sebab tulah saya rasa gembira, bila bertemu #sutra Sinus spray ni. Ia banyak membantu saya. Ia dibuat untuk antibakteria, antifungus, membersihkan saluran pernafasan. Ia diperbuat dari minyak pati tumbuhan seperti Eucalyptus, Geranium, Peppermint & Rosemary.
Oklah...nanti saya cerita lagi na pasal #sutra Sinus Away ni ya...banyak pengalaman nak diceritakan...
|
Ulasan
Catat Ulasan